RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 8 April 2011
Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi
Tahun : 4 Cemerlang
Bilangan murid : 24 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Patriotik
Tajuk : Warisan Penyatu Bangsa
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran murid – murid dapat :
1. Membaca sajak menggunakan intonasi dan jeda yang betul.
2. Menyatakan beberapa perkataan yang dikosongkan secara lisan
3. Memberi maksud empat perkataan yang dihitamkan dan membina ayat secara tulisan.
Fokus utama:
5.2 = Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 1: i. Membaca bahan berunsur ilmu dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1 : i. Menulis pelbagai jenis ayat.
Kemahiran bahasa : Lisan, Membaca, Menulis
Sistem bahasa
(Tatabahasa) : Kosa kata, ayat.
Pengisian kurikulum
Nilai : Semangat Patriotik, Hormat menghormati, kasih sayang, bekerjasama
Ilmu : Sastera
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, Mengimbas Kembali, Menilai,Penjanaan Idea.
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, Verbal-Linguistik.
Bahan Bantu Mengajar : LCD, komputer riba, Cakera Padat (CD)
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid mengetahui warisan setiap bangsa yang ada di Malaysia.
Langkah / Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Set Induksi ( 5 minit) | Tayangan gambar pelbagai kaum dan warisan seni budaya mereka. Apa yang kamu dapat lihat daripada tayangan tadi ? Apa yang kamu perolehi daripada gambar tersebut ? |
| BBM 1. LCD 2. Komputer riba 3. CD KBKK 1. Menjana idea NILAI 1. Kasih sayang, bekerjasama |
Langkah 1 (20 minit) | Tayangan video rakaman sajak beserta lirik yang bertajuk ‘Warisanku’. Lirik Sajak Warisanku | 1. Guru menayangkan video sajak yang bertajuk ‘Warisanku’ 2. Murid diminta menonton video yang ditayangkan dengan teliti. 3. Guru memaparkan lirik sajak yang telah ditayangkan. 4. Murid-murid diminta membaca sajak yang ditayangkan bersama-sama. 5. Beberapa orang murid diminta membacakan sajak dengan intonasi dan jeda yang betul. | BBM Video Petikan KBKK Menjana idea KEMAHIRAN BELAJAR Memproses maklumat NILAI Keberanian,semangat bermasyarakat. |
Langkah 2 (15 minit) | Memperdengarkan rakaman gurindam dan teks gurindam yang telah dikosongkan beberapa tempat. Bangga menjadi, ___________ Malaysia, Rakyat _________________ __________________ bersama, Satu Malaysia Jana _________________ Itulah ________________ Malaysia jaya. | 1.Guru memperdengarkan rakaman gurindam kepada murid-murid. 2. Murid-murid diminta mendengar rakaman yang dipasang. 3.Murid-murid ditayangkan teks gurindam yang telah dikosongkan pada beberapa tempat. 4. Beberapa orang murid diminta mengisi dan memberi jawapaan yang betul pada tempat kosong secara lisan. 5. Murid-murid berbincang dengan guru mengenai jawapan yang telah diberikan oleh rakan. 6. Guru memainkan semula rakaman gurindam dan meminta murid-murid mengalunkannya bersama-sama. | BBM Audio. KEMAHIRAN BERFIKIR Mengenal pasti. KEMAHIRAN BAHASA Mendengar dan bertutur. NILAI Berkerjasama, berani. |
Langkah 3 (15 minit) | Memberi maksud dan membina ayat daripada perkataan yang dihitamkan dalam teks pantun. Anak muda bermain kompang Bermain kompang singgah ke pekan Anak muda darah merdeka Selamat datang kami ucapkan |
| BMM LCD, CD, OHP, dan Komputer. KEMAHIRAN BERFIKIR Mengenal pasti dan menjana idea. KEMAHIRAN BAHASA Membaca dan menulis NILAI Kasih sayang, keinsafan, bertanggungjawab dan berani. |
Penutup ( 5 minit) | 1. Rumusan isi pelajaran 2. Pujian dan motivasi oleh guru | 1. Guru merumuskan tentang isi pelajaran yang dipelajari. 2. Guru memberi pujian dan motivasi atas penglibatan murid yang dijalankan. | NILAI Kasih sayang Bekerjasama Keberanian Rasional |