Wednesday, April 13, 2011

Bahan Teks

CONTOH-CONTOH PETIKAN/ TEKS
== CARA-CARA BELAJAR ==
Keputusan peperiksaan UPSR baru sahaja diumumkan.Razi telah mendapat keputusan yang cermelang dalam peperiksaan tersebut.Nisaq telah ke rumahnya untuk bertanya tentang cara-cara belajar dengan berkesan agar dia juga akan mendapat keputusan yang cermelang.
Nisaq: Taniah,,Abang Razi!Saya sungguh bangga apabila         mendengar berita yang mengatakan abang Razi mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR yang baru diumumkan.
Razi: Terima kasih.Saya bersyukur mendapat keputusan sebegitu.Seluruh ahli keluarga saya turut gembira terutama ibu dan ayah saya.
Nisaq: Bolehkan abang Razi memberitahu saya cara-cara untuk berjaya dengan cemerlang?
Razi:    Boleh.Saya selalu memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas,mengadakan kumpulan perbincangan dengan rakan-rakan,membuat ulangkaji sekurang-kurangnya 3 jam sehari dan membuat latih tubi.    
Nisaq:    Adakah abang Razi juga pergi ke kelas tuisyen?
Razi:    Ada.Kelas tuisyen itu boleh membantu kita dalam pelajaran dengan syarat kita mestilah menggunakan peluang yang ada itu sebaik mungkin.Gunakan kesempatan atau peluang yang ada itu untuk bertanya guru sekiranya ada mana-mana topik yang tidak kita fahami.Hal ini demikian kerana jumlah pelajar dalam kelas tuisyen agak sedikit dan guru lebih dekat dengan kita.
Nisaq: Abang ,sebenarnya saya malulah hendak bertanya.Kawan-kawan selalu mengejek kita jika kita bertanya kepada guru.Saya sangat malu hendak bertanya kepada guru.
Razi: Itu tindakan yang salah.Jika kita bertanya,kita tidak akan faham topik yang diajar oleh guru.Tindakan itu akan merugikan kita dan kita akan gagal dalam peperiksaan nanti.Kadangkala topik itu bersangkutan dengan topik yang lain.Hal ini menyebabkan topik yang lain juga tidak kita fahami.
Nisaq: Abang Razi saya berjanji tidak akan malu bertanya kepada guru.
Razi: Baguslah kalau Nisaq cakap begitu ingat pesan abang jangan malu bertanya kepada guru
Nisaq: Terima kasih abang Razi.Saya mesti belajar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti dan saya akan berjaya nanti.
Razi: Sama-sama.Kalau nak bantuan abang bolehlah datang ke rumah abang.Abang sentiasa akan menolong Nisaq.
NIsaq pun meninggalkan Razi lalu pulang ke rumahnya dengan semangat dan azam yang baru untuk mendapat 5A dalam UPSR yang akan datang nanti.




** Gurindam Dua Belas Karya Raja Ali HajiPersimpanan Yang Indah **
Gurindam Fasal Yang Pertama
Barang siapa tiada memegang agama
Sekali kali tidak boleh dibilangkan nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal tuhan yang bahri
Barangsiapa yang mengenal dunia
Maka taulah dia barang yang terperdaya
Barangsiapa yang mengenal akhirat
Maka tahulah dia barang yang mudharat
  Gurindam Fasal yang Kedua 
Barangsiapa mengenal yang tersebut
Tahulah dia makna takut
Barangsiapa meninggalkan sembahyang
Bagai rumah tiada bertiang
Barangsiapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasya
Barangsiapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barangsiapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji

Gurindam Fasal ke tiga 
Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita cita
Apabila terpelihara kuping
Kabar yang jatuh tiadalah dumping
Apabila terpelihara lidah
Niscahya dapat daripadanya faedah
Bersungguh sungguhlah engkau memeliharakan tangan
Dari pada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fiil yang tiada senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Disitulah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah pelihara kaki
Daripada berjalan membawa rugi
  Gurindam Fasal yang Keempat 
Hati itu kerajaan dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggotapun rubuh
Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir
Karena disitu banyak orang yang tergelincir
Pekerjaan marah jangan di bela
Nanti hilang akal di kepala
Jika sedikitpun berbuat bohong
Maka dapat diumpamakan mulutnya itu pekung
Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka
Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah
Barangsiapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar
Barangsiapa perkataan kotor
Maka mulutnya bagaikan ketor
Dimana tau salah diri
Jika tidak orang lain yang berperih
Pekerjaan takabur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih
  Gurindam Fasal Ke Lima 
Jika hendak mengenal orang yang berbangsa
Lihatlah budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia sia
Jika hendak melihat orang mulia
Lihat pada kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal
Jika hendak melihat orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
  Gurindam Fasal Ke Enam 
Carilah olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat
Carilah olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Carilah olehmu akan istri
Yang boleh menyerahkan diri
Carilah olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan
Carilah olehmu akan abdi
Yang ada baik sedikit budi
 Gurindam Fasal Yang Ketujuh 
Apabila banyak berkata kata
Disitulah jalan masuk dusta
Apabila banyak berlebih lebih suka
Itulah tanda hampirkan duka
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih
Apabila banyak mencela orang
Itulah tanda dirinya kurang
Apabila orang banyak tidur
Sia sia sahajalah umur
Apabila mendengar akan kabar
Menerimanya hendaklah sabar
Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan
Apabilah perkataan lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut
Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah segala orang mengikut
Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar
Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat honar
Gurindam Fasal yang Kedelapan
Barangsiapa khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya
Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya
Lidah yang suka membenarkan dirinya
Dariapada yang lain dapat kesalahannya
Daripada memuji diri hendaklah sabar
Biar daripada orang dating kabar
Orang yang suka menampakan jasa
Setengah daripada syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri sembunyikan
Kebajikan diri diamkan
Keaiban orang jangan dibuka
Keaiban diri hendaklah sangka
 Gurindam Fasal yang Kesembilan 
Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjaikan
Bukannya manusia yaitulah syaitan
Kejahatan seorang perempuan tua
Itulah Iblis punya penggawa
Kepada segala hamba hamba raja
Disitulah syaitan tempatnya manja
Kebanyakan orang yang muda mudi
Disitulah syaitan tempat bergoda
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan
Disitulah syaitan punya jamuan
Adapun orang tua yang hemat
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru
Dengan syaituan jadi seteru
 Gurindam Fasal yang Kesepuluh 
Dengan bapa jangan durhaka
Supaya ALLAH tidak murka
Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat
Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai
Dengan isteri janganlah alpa
Supaya malu jangan menerpa
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil
 Gurindam Fasal yang Kesebelas 
Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa
Hendaklah jadi kepala
Buang Perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat
Hendak marah
Dahulukan hujah
Hendak dimalui
Jangan melalui
Hendak ramai
Murahlah perangai
 Gurindam Fasal yang Keduabelas 
Raja mufakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu
Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai
Ingatkan dirinya mati
Itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu terlalu nyata
Kepada hati yang tiada buta
—————————————————————


% PANTUN  MELAYU %

"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" itulah kata  pepatah orang tua-tua. Kenyataannya hingga sekarang pantun antara  puisi melayu yang masih mendapat tempat dihati masyarakat Melayu. Tapi kini.... pantun hanya jadi satu pertandingan tidak lagi sebagai satu pemanis atau pembuka bicara. Semuga dimasa akan datang pantun tidak  terus tenggelam atau hanya menjadi sebagai satu bahan di Muzium.

 
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah
Lancang kuning lancang pusaka



> TANGISAN YANG MENGAKHIRI SEBUAH KEHIDUPAN 2 <


Suasana sunyi dan sepi menyelubungi perkarangan wad ICU Hospital Besar Singapura, dimana Tuan Zaidi ditempatkan.  Pak Mat dan keempat empat isteri Tuan Zaidi kelihatan termangu, melayani perasaan masing masing.     

“Siapa waris kepada Encik Zaidi bin Omar?” Tiba tiba seorang doktor melayu yang baru keluar dari wad ICU bertanya. “Saya”.  Keempat empat isteri Tuan Zaidi menjawab secara serentak.  “Saya perlukan hanya seorang waris sahaja untuk menandatangani surat kebenaran pembedahan ini.” Kata doktor itu lagi. 

Masing masing tercengang dan saling berpandangan antara satu sama lain,  apabila doktor menerangkan yang Tuan Zaidi perlu dibedah dengan segera kerana dia mengalami barah paru paru yang amat serius sekali.  Memandangkan Fatimah, isteri yang pertama jadi dialah yang lebih berhak untuk menandatangani surat kebenaran tersebut.

Penantian itu suatu penyiksaan buat keempat empat isteri Tuan Zaidi dan juga Pak Mat.  Fatimah berdoa didalam hatinya,”Ya Allah, Kau selamatkanlah suamiku ini.  Kau sembuhkanlah penyakitnya itu.  Aku pohon padamu dengan sepenuh hatiku.  Kau tolonglah aku Ya Allah.”  Sehingga pukul 9.00 malam masih belum mendapat apa apa berita dari bilik pembedahan. 

Tiba tiba,”Puan puan semua, saya mohon maaf bagi pihak hospital.  Kami sudah berusaha semampu kami tapi nampaknya penyakit suami puan sudah terlalu serius.  Jadi saya sarankan supaya puan puan semua bawalah dia pulang sahaja.”

Mendengar kata kata doktor itu, mereka semuanya menangis hiba…..

Selang beberapa bulan kemudianTuan Zaidi  merasakan yang dia akan menemui ajalnya dalam jangkamasa yang terdekat. Dia pun mula memikirkan tentang segala kemewahan hidupnya selama ini dan mula berfikir, "Sekarang aku ada 4 isteri, tapi bila aku mati nanti aku akan tinggal keseorangan. Alangkah sunyinya aku nanti!"

Dia pun memanggil keempat empat isterinya satu persatu.  Mula mula dipanggil isterinya yang keempat.  "Abang  sayangkan Anna melebihi daripada isteri isteri Abang yang yang lain.  Abang  beri Anna pakaian yang istimewa dan paling berharga, serta berbagai bagai kemewahan yang lain.  Sekarang Abang dah terlantar sakit dan akan mati tak lama lagi, hanya satu yang Abang nak Tanya.  Adakah Anna akan ikut sama untuk menemani Abang?"

"Tak mungkin.  Abang dah mati dan Anna masih lagi hidup.  Mana ada orang yang masih hidup ikut masuk dalam kubur sama sama dengan orang yang dah mati.” Lancang sekali isteri keempatnya itu menjawab, kemudian terus beredar meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawapan yang di terimanya itu sungguh menyayat hatinya, bagaikan pisau telah menghiris jantung hatinya.

Kemudian dipanggilnya pula isterinya yang ketiga,  "Abang dah curahkan segala kasih sayang Abang  pada Maria sepanjang hayat Abang.  Dan sekarang Abang sedang sakit menunggu maut saja, sudi tak Maria ikut bersama Abang kedalam kubur untuk temankan Abang?"

"Abang ni dah gila agaknya!" jawab isteri ketiganya dengan tegas bercampur marah. "Hidup ini lebih baik di sini.  Didalam dunia ni.  Bukannya dalam kubur!  Maria akan berkahwin lagi setelah Abang mati." Hancur lebur perasaan Tuan Zaidi  bila mendengar jawapan tersebut.

Tuan Zaidi tidak berputus asa lantas terus memanggil isteri keduanya pula seraya berkata, "Abang selalu mengadu hal kepada Ifah dan minta bantuan Ifah bila Abang ada masalah, dan Ifah pula selalu menolong Abang bila Abang dalam kesusahan.  Untuk kali terakhirnya Abang masih perlukan bantuanmu lagi, Ifah.”  “Apa dia, cakaplah bang?”  Ifah bertanya lembut.  Dalam hatinya merasa amat belas sekali melihat penderitaan suaminya yang tersayang itu.  “Bila Abang dah mati nanti, boleh tak  Ifah ikut bersama Abang kedalam kubur.  Boleh Ifah temankan Abang.  Taklah kesunyian Abang nanti.” 

Mendengar permintaan suaminya itu yang dianggapnya tak masuk akal, Latifah segera menjawab."  “Maafkan Ifah bang, kalau selama ini Ifah tidak pernah kecewakan Abang tapi kali ini tidak mungkin Ifah dapat menolong Abang lagi kerana kita hidup sudah berbeza alam.  Abang berada dialam kubur dan Ifah pula masih lagi hidup didunia ini.  "Paling jauh pun, Ifah Cuma  boleh temankan  Abang setakat menghantar Abang ke kubur sahaja".  Jawapan isteri keduanya itu, datang seperti halilintar yang membelah langit  dan Tuan Zaidi merasa sungguh kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isternya itu.

Dalam kesedihan dan kekecewaannya terhadap jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isterinya itu, dengan tiba-tiba satu suara memanggilnya dan berkata, "Imah akan tinggal bersama Abang.  Imah  akan ikut kemana saja Abang akan pergi untuk menemani Abang selamanya." Fatimah, isterinya yang pertama itu menyatakan kesanggupannya dengan linangan airmata.

Tuan Zaidi mendongak keatas, dan dilihatnya isteri pertamanya berada di situ. Dia kelihatan amatlah kurus kering, seolah-olah telah lama kebuluran tak makan.

Dengan perasaan yang amat sedih dan kesal sekali, Tuan Zaidi pun berkata, "Kesian Abang tengok Imah.  Abang  sepatutnya mengambil berat terhadap Imah sewaktu Abang  masih sihat dulu!  Abang lebih pentingkan isteri isteri Abang yang lain yang langsung tidak berguna lagi ketika Abang sakit ni.  Sekarang Abang rasa sudah terlambat Imah…. Sudah terlambat….Abang menyesal !menyesal……..,” luah Tuan Zaidi dengan kuat sekali.  Penyesalannya sudah tidak berguna lagi saat itu.

Tiba tiba kata kata itu terhenti….. Tuan Zaidi sudah kembali kerahmatullah dengan perasaan kecewa.  Fatimah melaung dengan sekuat hatinya,”Abang, Abang....... maafkan Imah bang, maafkan Imah...Imah tak sempat untuk menjaga Abang disaat saat akhir hidup Abang.  Fatimah terus menangis dengan hibanya.  Dia begitu kecewa sekali dengan sikap madu madunya yang lain itu.  Tidak berperikemanusiaan langsung.  Pak Mat yang sejak tadi berdiri disisi Tuan Zaidi turut sama menangis mengenangkan nasib masa depan Tuan Zaidi……


Sejak kematian suami mereka ketiga tiga isteri Tuan Zaidi merasa bebas dari sebarang ikatan.  Setelah harta peninggalan Arwah Tuan Zaidi dibahagi bahagikan menurut hukum faraid, isterinya yang kedua, Maria pun berkahwin lain.  Manakala Suzanna dan Latifah pula kembali kepangkuan keluarga masing masing.

Tinggallah Fatimah seorang diri di rumah banglo dua tingkat itu bertemankan Pak Mat, drivernya.  Fatimah selalu sahaja bersedih sehingga makan, pakainya pun sudah tidak terurus lagi.

Akibat terlalu rindu dan sedih mengenangkan arwah suaminya, akhirnya Fatimah pun meninggal dunia......

No comments:

Post a Comment