PRO FORMA KURSUS
PROGRAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAAN DENGAN KEPUJUAN
Nama Kursus :
Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
Kod :
BMM3105
Kredit :
3(0+3)
Bahasa Penghantar :
Bahasa Melayu
Prasyarat :
Tiada
Semester :
Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis:
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Tajuk | Kandungan | Jam |
1 | Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet | 6 |
2 | Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa. | 6 |
3 | Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint | 6 |
4 | Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Memilih bahan bidang ilmu lain | 6 |
5 | Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran | 6 |
6 | Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Struktur Rangkaian | 6 |
7 | Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Membina bahan | 6 |
8 | Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran | 6 |
9 | Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa. | 6 |
10 | Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu § Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa § Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio § Membina bahan video dan audio Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca. | 6 |
11 | Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis. | 6 |
12 | Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan | 6 |
13 | Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Memanipulasi animasi dalam persembahan | 6 |
14 | Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
| 6 |
15 | Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
Mengadakan pameran | 6 |
No comments:
Post a Comment